Syukur... hari ini saya berkesempatan lagi untuk menuliskan hal-hal yang saya alami dan lalui beberapa hari yang lalu.
Sebenarnya ada banyak hal yang saya fikir perlu saya lakukan, dan saya mempertimbangkan untuk cuba menyelesaikan beberapa hal semasa 'mid-sem break' ini. Namun, ada lagi hal yang saya fikir lebih penting dari apa yang sudah saya rancang. Peluang untuk menanam benih kehidupan atau mengongsikan hidup bagi orang lain.
Sepanjang 'mid-sem break' ini, saya berpeluang untuk bergaul dengan beberapa rakan sepelayanan, saudara seiman dan teman bermain.
Gambar (diatas) bersama rakan-rakan yang sempat bersukan pada ahad lepas (7hb April 2013). Setiap rakan-rakan saya ini mempunyai fokus hidup, personaliti dan attitude yang berbeza, namun kami dapat bersama kerana mempunyai minat sukan yang sama iaitu sukan badminton. Saya sedar ada banyak orang dan kumpulan lain yang boleh saya ikuti untuk aktiviti sukan seperti bolasepak, futsal & badminton (dan memang saya telah diajak), namun saya memilih untuk melabur masa (hidup) saya dengan kawan-kawan yang saya tunjukkan dalam gambar.
Saya juga
berkesempatan untuk berjalan-jalan di satu taman tema bersama dengan 2
orang teman sepelayanan saya, yang saya anggap kawan baik dan kawan yang
saya boleh percayai. Ada beberapa hal yang terjadi sebelum ini (yg saya
tidak mahu ceritakan disini, buat masa ini), yang membuat saya menilai
semula sikap dan perlakuan saya dalam pergaulan dan persahabatan. Namun
hari ini, saya boleh melakukan sesuatu perkara bagi kawan-kawan saya ini
tanpa mengharapkan imbalan/balasan dari mereka. Saya bersyukur kerana
dikelilingi oleh kawan-kawan yang mempercayai dan mengasihi saya
seadanya.
Walau pun hanya seketika sahaja mengunjungi taman tema ini, namun ianya sudah cukup memberikan pengalaman bermakna untuk merenungkan erti persahabatan, dan seterusnya menghargai peluang yang ada. Dan yang lebih penting lagi adalah menghargai Tuhan yang menyediakan peluang dan memberikan kesempatan yang tidak terduga seperti ini.
Sahabat anda tidak akan dapat memenuhi kekosongan dalam hati anda, tetapi kehadiran sahabat anda dapat mengingatkan kita tentang Tuhan dan membimbing kita kepada Dia yang dapat memenuhi kekosongan itu.











.jpg)



