Selepas melalui minggu-minggu yang cukup meletihkan dan mencabar, hari ini, saya ambil kesempatan untuk menilai semula penglibatan tindakan dan respon saya terhadap situasi yang timbul.
Beberapa kesulitan timbul kerana salah faham, dimana maklumat, komen dan penyataan disalahertikan. Ini telah menimbulkan situasi yang membuatkan beberapa orang kecil hati dan tersinggung. Jadi, penjelasan perlu dilakukan untuk meredakan keadaan.
Beberapa kesulitan timbul kerana terdapat individu bertindak tanpa [tidak mahu] mengikuti prosedur dan proses yang di terima secara collective respon dalam pengurusan. Ini telah menimbulkan kesulitan dalam tugasan dan tanggungjawab mereka yang terlibat, sehingga ada diantara mereka 'burn-out', rasa dipergunakan dan dipaksa. Jadi, pendekatan yang saya ambil adalah memaklumkan yang menjadi 'mangsa keadaan' supaya mengetahui hak dan bidang kuasa masing-masing supaya lebih tahu dan yakin bertindak.
Beberapa kesulitan timbul kerana ada individu bertindak atau membuat kenyataan terbuka tanpa banyak usul periksa [check]. Ini telah menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan, membuat org lain rasa terhina dan terancam, sehingga orang yang terlibat langsung itu mulai kehilangan respect dan hilang keyakinan terhadap individu tersebut. hal ini agak sukar ditangani, bak kata peribahasa 'terlajak perahu boleh di undur, telajak kata buruk padahnya'. Mencegah lebih baik dari mengubati. Walau bagaimana pun, individu yang terbabit mempunyai prinsip masing-masing yang berbeza.
Beberapa kesulitan timbul kerana terdapat individu membuat keputusan pembatalan pada saat-saat akhir [last minute] walau sudah sahkan kehadiran atau penglibatan mereka. Ini telah menimbulkan kecelaruan dalam pengendalian sesuatu aktiviti, apatah lagi, jika seseorang sudah menuggu lama namun akhirnya dibatalkan. Keadaan ini membuat orang yang terlibat rasa dipermainkan, kepercayaan mereka terhadap individu terbabit merosot, dan akhirnya mungkin menyebab truma dan penolakan terhadap individu tersebut.
Saya bersyukur kerana berpeluang melihat dan melalui situasi tersebut. Dan saya sedar, tindakan saya juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada permasalahan tersebut. situasi ini memberi pelajaran yang berguna kepada saya.
No comments:
Post a Comment